Wednesday, 19 December 2012

Dilema Safiq Rahim.

 
 Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Rasanya demam AFF Suzuki Cup 2012 bagi rakyat Malaysia dah mula reda sejak seminggu lebih yang lepas. Banyak komen dan kritikan tak kurang jugak pujian yang skuad kebangsaan kita dapat. Ini bagi aku selaku rakyat marhaen berpendapat adalah satu perkembangan yang positif. Ini menunjukkan bola sepak tempatan semakin mempunyai ramai peminat.
Dari segenap lapisan masyarakat, tak kurang juga football expert seperti Shebbie Singh yang dengan lantang menyuarakan pendapat yang Kinggopal sudah patut berundur. Ada satu point pada pendapat dia yang aku rasa amatlah bernas.
Selepas skuad kebangsaan kita menjulang Piala Suzuki AFF pada 2010 sepatutnya kita tidak menoleh kebelakang lagi. Tidak perlu untuk bereksperimen dalam memilih pemain. Kinggopal sepatutnya harus meletakkan sasaran yang lebih tinggi bukan sekadar diperingkat Asia Tenggara jer. 
Piala Asia dan Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2014, sepatutnya itu yang menjadi ukuran Kinggopal. Kalau nak main selamat sekadar target Piala di Asia Tenggara jer sampai bila rakyat Malaysia nak menyanyikan lagu Negaraku dalam stadium sempena Pusingan Akhir Piala Dunia?

Ok, cukuplah komen pasal Kinggopal ni. Nanti ada plak yang ambil jalan mudah suruh aku jadi coach plak, yelah aku ni hanya pandai menulis dalam blog jer. Hehe. Entry kali ni aku nk sentuh pasal kapten skuad kebangsaan kita iaitu tak lain dan tak bukan Safiq Rahim. (Ini aku petik dari fan page Football Curse BM di Facebook, aku akan tambah sedikit dengan ulasan aku)

Safiq Rahim, anak emas Kinggopal?
Enam sebab utama Safiq Rahim harus digugurkan dari skuad kebangsaan.

1. Pertama, Game lawan Thailand membuktikan Safiq bukan kapten yang bagus. Tak mampu nak naikkan moral pemain. Pemain dalam padang perlukan seseorang yang berjiwa besar. Mampu mengubah mental member2 dia.

2. Orang kata Safiq Rahim pakar freekick. Okay. Tak payah ambik banyak la. Kita ambik AFF cukup. Berapa kali Safiq Rahim angkat freekick dan berapa kali je yang berhasil? (Takkan nak harap gol freekick je bro).


3. Siapa yang dari friendly haritu layan game Malaysia, akan tahu tengah Malaysia paling hancur. Yang ketara sekali masa lawan Thailand. Mana player tengah? Harapkan Syakir je sebelum ni. Kalau tak haram Safiq Rahim nak hidup.


4. Position Safiq ialah AMC. "ATTACKING MIDFIELDER CENTRE". Selalunya position ni akan dihuni oleh player2 yang creative. Tapi dibuktikan di AFF Safiq langsung tak creative.

5. Prinsip pemain tengah bola sepak ialah passing. Kalau gempak passing. Gempak lah jugak seseorang midfield tu. Tapi, tak terkira dalam AFF ni berapa banyak kali Safiq Rahim salah passing. (Termasuklah salah passing yang menyebabkan Laos dapat gol 1).

6. Dan yang terakhir dan antara yang paling penting. Safiq langsung tak menghargai penyokong. Untuk part ni. Penyokong-penyokong tegar akan faham kenapa.

Sebab ni cuma pandangan peribadi. Hasil dari perbincangan dengan member2. Cuma ingin berkongsi dan direnungi bersama. Ikhlas dari FOOTBALL CURSE. Love and Peace.

Apa yang admin Football Curse BM ni cuba sampaikan? Agak2 korang sume boleh terima apa yang ditulis oleh admin tu? Ke anda rasa ada sentimen kenegerian yang mempengaruhi admin semasa dia menulis pendapat atau pandangan peribadinya?
 

1. Untuk menjadi seorang kapten yang baik, seseorang tu harus ada leadership yang tak boleh disangkal lagi. Aku ambik contoh team Itali, kapten bagi team Itali ialah Gianluigi Buffon. Sebab apa aku ambik dia ni sebagai contoh? Sebab Buffon ni adalah seorang yang berpengaruh dan boleh menaikkan semangat serta moral rakan sepasukan. Lagi2 posisi Buffon ni goalkeeper. Dah boleh paham?

Contoh kapten yang berjiwa besar.


2. Free kick. Dead ball specialist? Pasukan lawan dah tentu2 tahu ini satu-satunya kekuatan yang Safiq Rahim ada. Takkan dengan senang lenang defender lawan nak commit foul dalam 25-30 meter dari arah gol. Kita sendiri dah nampak, berapa kali jer yang kita dapat direct freekick masa AFF yang lepas?

3. Aku dah pernah tulis dalam entry yang sebelum ni, midfield adalah jantung kepada sesuatu pasukan bolasepak. Midfield yang menggerakkan serangan, mengawal bola dan tempo permainan. Aku terpaksa ambil Barcelona sebagai contoh. Kita sendiri boleh nampak kawalan bola dan simple short passing yang midfield Barcelona amalkan. Tiki Taka diberi nama.

Sekadar gambar hiasan untuk meberikan maksud yang lebih jelas berkenaan Tiki Taka


4. AMC ( Attacking midfielder centre). Atau nama ilmiahnye Trequartista (playmaker). Petikan dari Wikipedia,
A playmaker (trequartista) is a player who controls the flow of the team's offensive play, and is often involved in passing moves which lead to goals.
Sejujurnya, korang rasakan yang Safiq Rahim ni menepati ciri-ciri yang diberi oleh Wikipedia ni? Nak contoh trequartista? Juan Manuel Mata, Santi Cazorla, Mario Gotze ( sekadar menamakan beberapa nama jer). Memang la, standard permainan negara kita tidak sentanding dengan negara Eropah, tapi setiap pemain yang diberi posisi tu haruslah menepati ciri-ciri dan kriteria yang diperlukan. Bukan sekadar cukup korum jer. Aku pun pelik apa yang buat FAM bagi anugerah pemain tengah terbaik Malaysia kat Safiq Rahim ni? Aku rasa ada lagi calon yang lebih layak, siap kapten kepada pasukan yang jadi juara trebel lagi. Siapakah dia? Anda sendiri tahu siapa.

Kedudukan trequartista dalam sesuatu pasukan


5.  Great passing ability- kriteria paling penting dalam menjadi seorang midfield. Safiq Rahim tekenal dengan long ball, long ball, long ball sampai Winfred Schaffer dalam sidang media post match semi final second leg hari tu pun ada komen pasal ni. Walaupun agak pedas tapi itulah hakikatnya. Untuk mengeruhkan lagi keadaan, satu gol yang Laos dapat masa bertemu Malaysia haritu pun Safiq Rahim yang assist. Nampak? Hebat bukan?

6. Untuk yang terakhir ni aku rasa aku sendiri tak berapa nak paham. Mungkin Safiq Rahim tak berikan penghargaan kepada penyokong selepas setiap perlawanan selesai agaknya. Maklumlah aku ni bukan penyokong tegar pun. Hanya pandai kritik jer. Hehe.

Sedikit tambahan, masa negara kita sedang hangat pasal AFF Suzuki Cup tu hari, sering kali aku dengar kat radio atau baca kat surat khabar komen dan aritkel yang macam ni 


Safiq Rahim menggesa agar rakan sepasukan fokus dalam perlawanan akan datang
Safiq Rahim mahukan rakan sepasukan berikan yang terbaik dalam perlawanan yang akan datang

 Cliche? Anda tentukan. Sehingga bertemu lagi di entry yang akan datang. Wassalam.

p/s : Ada komen? Lontarkan diruangan komen. 



Friday, 14 December 2012

Kekecewaan buat seluruh rakyat Malaysia.



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ok, mood menulis belum sampai lagi 100% tapi aku gagahkan gak diri aku untuk menulis tentang game Thailand vs Malaysia semalam. Semua dah sedia maklum yang hasrat Harimau Malaya untuk mengekalkan kejuaraan AFF Suzuki Cup yang dimenangi dua tahun lepas dah pun berkubur.

Ada banyak pecahan topik yang aku rasa aku nak tulis dalam point form. Harap pembaca dapat memahami point yang aku cuba sampaikan ( diingatkan ini adalah pandangan peribadi aku jer,kalau ada sebarang bantahan atau komen boleh kemukakan diruang komen yer).



Formation 4-5-1
  • Taktikal Kinggopal. 
- Game semalam Kinggopal  masih mengekalkan 4-5-1 dengan harapan tempo dan rentak permainan masa di Bukit Jalil dapat dikekalkan.

- Serangan Thailand pada 15-30 minit yang pertama banyak berpunca dari sebelah kiri. Link-up between defend dengan winger kiri Thailand nampak betul2 serasi.

-Minit ke 10 dan 14 Mahalli dan Fadhli mengutip kad kuning walaupun pada hemat aku mereka baru melakukan kekasaran sekali jer. ( Kalau diikutkan, secara siviknya pengadil akan memberi amaran lisan yang pertama bila pemain lakukan kekasaran buat pertama kali)

-Mahali dan Alex tidak ada keserasian dan kurang mendapat bola. Sebab midfield Thailand menguasai bahagian tengah dengan cemerlang skali. Anucha, Adul Lahsoh, Dartsakorn dan Phichitpong memainkan peranan dengan baik dengan mengekang Kunanlan, Safiq, Amar, Badd dan Alex.

- Midfield adalah jentera atau nadi yang menggerakkan serangan. Ini adalah basic dalam sesuatu pasukan. Safiq dan Amar nampak betul2 takde hala tuju bila ada bola. Safiq adalah sekali dua buat rembatan liar kearah pintu gol lawan.

- Bila Fadhli Shas dibuang pada gara2 Dartsakorn dan keputusan terburu2 pengadil dari Korea (Kpop) membuatkan kita hilang seorang center half. Amar diarahkan untuk menjadi center half mengejut. Mujur first half kita dapat bertahan sebab Fadli Shas pun dibuang padang pada minit2 terakhir perlawanan.

- Kinggopal lambat memasukkan Faizal Muhammad. Sepatutnya sebagai coach yang baik, dia harus mengekalkan empat orang defend. Bukan biar Amar jadi center half sebab itu bukan natural position Amar.

-Second half start aku dah mula merasakan akan ada gol dijaringkan oleh Teerasil Dangda. Walaupun Aidil berusaha keras man mark Teerasil ni, jelas Teerasil ni adalah natural goal scorer. Namun Teerasil ni bukanlah sangat hebat, ada gak goal scoring chance yang dia miss. 1 on 1 dengan Farizal seingat aku pada try yang pertama. First goal Thailand adalah dari kesilapan Amar. Ini fakta bukan aku main petik jer. Nampak Amar gagal mengawal bola dengan baik.

- Kinggopal macam keliru sama ada dia nak teruskan menyerang atau bertahan. Kalau aku, bermain 10 vs 11, aku akan mengarahkan pemain untuk melakukan counter attack. Sustain the pressure dan pastikan striker Thailand tak dapat melarikan bola atau melepaskan cubaan ke arah pintu gol. Paksa flanker Thailand dengan menghadkan ruang permainan mereka (narrow the space for them to run towards the byline)
-
- Memasukkan Safee Sali tidak memberikan sebarang makna. Adalah sekali heading yang Kawin save.

  • Pemain kegemaran atau kesayangan Kinggopal.
- Part ni aku rasa mesti ramai yang tak setuju dengan aku. Tapi masing2 ada pendapat masing2, tak salah menyuarakan pendapat itu asalkan tahu batas2nya.

- Pemilihan Amar Rohidan selaku defensive midfield dalam pasukan kebangsaan adalah sangat tidak tepat. Bukan nak merendahkan kemampuan Amar tapi ramai lagi pemain dalam Liga Super yang amat sesuai bermain kat tempat Amar tu. Pasukan yang Amar wakili iaitu pasukan Kedah kene relegate, sekaligus memberi gambaran sebenar performance Amar dalam Liga Super.

- Safiq Rahim sebagai perancang utama dan kapten pasukan. Pemain tengah paling bernilai? Performance Safiq dengan Selangor pun tidak sehebat Badri Razi (Piya). Nak kata ketajaman freekick, Piya pun ada kemampuan yang sama. Leadership? Piya kapten Kelantan dah 2 musim (setahu aku la, aku ni orang Negeri Sembilan). Apa sebenarnya yang ada pada Safiq sampai aku nampak dia ni macam anak emas Kinggopal plak?

  • Farizal Marlias atau Khairul Fahmi Che Mat?
- Part yang ni aku sendiri berbelah bahagi. Tapi aku setuju dengan keputusan Kinggopal.

- Farizal dah buktikan yang dia setanding dengan Apek dalam ketangkasan dan kelincahan menjaga gawang Malaysia.

- Gol yang dijaringkan oleh Teerasil dan Theeraton bukan salah Farizal. Kealpaan defend yang menyebabkan gol Farizal dibolosi dua gol.

- Yer, aku tau Farizal ni bekas goalkeeper Negeri Sembilan tapi aku tak gunakan fakta ini untuk menulis dalam part ni. Lagipun Farizal dah berhijrah ke Perak dah.

-Apek dah boleh dah fokus dengan persiapan perkahwinan dia dengan Leuniy (betul ke salah eja aku pedulik ape)

  • Mutu pengadilan Lee Min Hu (pengadil Kpop)
Pengadil Kpop kayu?



- Part yang ni memang paling bermasalah untuk aku tulis. Yelah, aku pun panas hati dengan pengadil Kpop ni. (Sapa2 yang ada masalah aku guna Kpop tu sila mengaku yang anda adalah seorang Kpopers)

- Statistic yang aku baca kat laman web fifa dalam referee section memang menunjukkan yang dia ni suke dan hobi dia ni melayangkan kad2 yang ada tak kira kuning atau merah. Kalau kad pengenalan dia boleh layang, dia layangkan dah pada pandangan aku la.

- Aku ada perasan satu insiden yang Phichitpong high boot (masa tu dia dah ada satu kad kuning). Kalau ikutkan mutu pengadilan dia malam tadi, sepatutnya Phichitpong pun dilayangkan kad kuning yang kedua tapi haram.

- Aku dapat tahu Fadhli Shas meminta maaf kepada rakan sepasukan, peminat dan penyokong. Respect aku kat Fadhli Shas sebab walaupun dia tahu yang referee Kpop malam tu adalah mengarut, dia masih meminta maaf. Aku pun rasa semua orang maafkan Fadhli Shas ni.

  • Teerasil Dangda  
 
Teerasil Dangda



- Setakat ini menjaringkan lima gol dan merupakan current top goal scorer of the tournament.

-Skuad yang diwakili oleh Dangda iaitu Muangthong United tak pernah kalah dalam perlawan liga di Thailand.

-Dangda memecahkan rekod jaringan terbanyak liga dengan menjaringkan 24 gols,memadamkan rekod 23 gol oleh Ronchai Sayomchai yang dilakukan pada tahun 1998.


-Pernah mewakili Manchester City ketika kelab Liga Inggeris itu dipegang oleh Thaksin Shinawatra.


- Rekod penampilan Dangda dalam liga bagi Muangthong United.

Season
2009
2010
2011
2012
Penampilan
25
25
26
31
Gol
7
7
13
24

Maka dengan ini, berakhirlah entry yang aku rasa amatlah panjang untuk aku menulis. Segala komen dan kritikan boleh dilemparkan di ruangan komen. Kalau ada yang aku rasa melampau aku akan delete. Terus terang jer la kan lagi baik. Hehe. Sehingga bertemu di entry yang akan datang. Cheers.

p/s : Aku rasa penat gak menulis blog ni. Macam mana la blogger yang lain meluangkan masa untuk menulis blog? Penat perah otak nk karang ayat.

Thursday, 13 December 2012

Thailand vs Malaysia dan Chelsea vs Monterrey

Formasi untuk Malaysia kalau aku boss.





Assalamualaikum. Just a quick entry menjelang perlawanan petang ini. Point formasi ni dah diexplain oleh aku dalam enry yang pertama. Ingat ni adalah pandangan peribadi aku kalau aku lah boss Malaysia kan. Tapi aku sekadar peminat,so hanya mampu berangan dan menulis di blog jer. Aku amat2 berharap Malaysia dapat menjaringkan sekurang2nya 2 gol dan bolos tidak lebih dari 1 gol.


 
Formasi untuk Chelsea petang ini kalau aku boss.
Selain dari Thailand vs Malaysia, ada satu lagi perlawanan tumpuan aku petang ni. (boleh refer kepada blogger profile). Aku ada terbaca dalam lawan web pasal bolasepak ni yang Rafael Benitez nak turunkan barisan terkuat yang dia ada. So bagi aku, inilah barisan terkuat buat masa ini. Harap2 jet lag tak mempengaruhi persembahan anak buah Rafael Benitez.


p/s: Formation 4.-2-3-1 ni formation favourite aku kot. hehe.

Wednesday, 12 December 2012

Supermokh dalam kenangan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sempena 12.12.12 yang damai ni aku terasa nak menulis tentang legenda bolasepak negara kita iaitu Allahyarham Mokhtar Dahari. Tak lengkap rasanya kalau blog berkaitan bolasepak tak menulis tentang bekas salah seorang penyerang terbaik Asia yang suatu ketika dahulu digeruni lawan.


Ok, aku mengaku yang aku tak sempat nak kenal, nak lihat secara live Supermokh ni bermain untuk Selangor dan Malaysia. Sebab aku pun baru berusia 26 tahun. Masa Supermokh meninggal dunia aku baru berusia 5 tahun. So apa yang korang baca ni boleh korang dapat kat wikipedia jer sebenarnya.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Mokhtar_Dahari


Ikon Bolasepak Malaysia (Gambar kredit pada sahabat saya Wakjai)

Secara ringkasnya Supermokh lahir di Setapak Kuala Lumpur pada 13 November 1953.
Debut sulung Supermokh untuk pasukan Selangor : Piala Burnley 1971
Piala Malaysia : Wakili Selangor pada tahun 1972
Debut sulung Supermokh untuk Malaysia : Pesta Bola Merdeka 1972
Kali terakhir mewakili Malaysia : Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985
Kemunculan bersama Malaysia: 167
Jumlah gol dalam Piala Malaysia : 177
Gol antarabangsa : 125
Jaringan terbaik : Gol penyamaan menentang England B pada 1978
Pencapaian terbaik : Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia sebanyak 10 kali. Memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran
Anugerah individu : Olahragawan Kebangsaan 1976, Ahli Mangku Negara  (AMN) 1977.


Antara kelebihan Supermokh yang digeruni lawan adalah rembatan deras dan larian bertenaga beliau. Supermokh seperti penyerang berbisa yang lain mengguna nombor keramat iaitu nombor 10. Supermokh juga pernah mengetuai pasukan pilihan Selangor bertemu dengan pasukan Boca Juniors yang dipimpin oleh Diego Maradona. Sepanjang penglibatan Supermokh, beliau hanya mengutip kad merah sekali sahaja ketika bertemu Singapura. Supermokh disahkan mengidap penyakit distrofi otot dan pernah berubat di London namun tidak sembuh. Akhirnya Supermokh meninggal dunia pada 11 Julai 1991.

 
Sedikit ulasan aku. Sepanjang aku mengikuti sukan bolasepak tempatan (baru je pun taklah lama mana), Khalid Jamlus, Azman Adnan, Akmal Rizal, Hairudin Omar dan lain2 tak mempunyai aura yang sehebat Supermokh. Ketika Piala Suzuki AFF 2010, Safee Sali dikatakan jelmaan Supermokh namun bagi aku Safee Sali jugak tak cukup menggerunkan pihak lawan. Ada desas desus yang mengatakan Hazwan Bakri adalah jelmaan Supermokh yang baru. Masa menentukan. Allahualam.


p/s : kalau ada fakta yang tak tepat boleh tinggalkan komen di ruangan komen. Aku akan betulkan mana yang silap.

Sehingga bertemu lagi dientry yang akan datang.


Tuesday, 11 December 2012

Harimau Malaya vs Gajah Perang

Harimau Malaya vs Gajah Perang






Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Aku sebelum ni hanya update status kat Facebook jer. So rasa gatal tangan plak nak tulis blog. Nak bagi tahu, yang aku ni takde sijil kejurulatihan mahupun sijil pengurusan bolasepak,hanyalah daya imaginasi dan sedikit pengetahuan dari sumber yang lain. So first entry aku sempena AFF Suzuki Cup 2012 antara Thailand dan Malaysia.

Apa yang patut Kinggopal buat?

Aku ada cadangan aku sendiri, syok sendiri la kira ni. hehe.

Lone striker Wak Lan keep stay forward. Targetman dan bertindak sebagai false 9.

Badd,Kunanlan,Wan Z kene rajin untuk protect flank dan mid.

Shakir dgn Safiq kene cepat drop mid,kasi crowded kt area center back Malaysia.

Short pass kene accurate. Dari mid dan flank side. Interchange passing between wingback, midfielder dan winger. Targetman Wak Lan kene hold ball sementara tunggu rakan2 bagi support dan cari foul.  Lari ke arah defend Thailand untuk cari foul, freekick area 25m Safiq punya makanan ( memang ni je pun tujuan dia ni selain toss coin before match).

Yang sakit sikit set piece,corner kick or indirect free kick. kita tak boleh exploit masa dead ball situation selain direct free kick Safiq. Badd adalah natural double footer,mampu melakukan rembatan jarak jauh kalau diberikan ruang. So posisi yang terbaik bagi Badd ni memang dibelakang striker.

Formation 4-3-2-1

Farizal
Mahalli-Aidil-Fadli-Zubir
Shakir-Safiq
Wan Z-Badd-Kunanlan
Wak Lan.

Aku harap Malaysia boleh menjaringkan 2 gol untuk memastikan tempat di final. Dendam dengan Singapore perlu dilunaskan. Selamanya Harimau Malaya.

p/s : Percubaan yang pertama harap jangan terlalu keras kritikan yang diberi. Maaf salah silap aku.