Thursday, 24 January 2013

Eden Hazard. From hero to zero?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Second Leg FA Cup tie berlangsung di The Liberty Stadium, stadium keramat Swansea City lebih bertumpu kepada insiden yang tak sepatutnya berlaku. Eden Hazard 22 dikatakan dan terus dikecam kerana menendang tulang rusuk seorang budak milo yang berusia 17 tahun. Charlie Morgan , budak milo yang secara mengejut menjadi terkenal seluruh dunia sekaligus menewaskan Kak Pah "Listen" yang mengecapi populariti sepanjang minggu lepas.


Moment of madness for Hazard.
 Ok, rasanya siapa yang dah follow blog aku yang tak seberapa ni dah tahu yang aku ni memang fans tegar Chelsea. Tapi aku seboleh-bolehnya nak menulis entry kali ni dengan bersikap neutral. Harap apa yang aku cuba sampaikan dalam entry kali ni dapat diterima oleh pembaca semua.


Motif?
Ada beberapa persoalan yang aku rasa korang patut tahu mengapa insiden yang dikatakan tidak patut terjadi itu berlaku.

  • Apa sebenarnya tugas seorang ball boy?
  • Dimanakah sebenarnya kedudukan seorang ball boy patut berada? 
  • Apakah umur yang sesuai untuk menjadi seorang ball boy?
 Aku akan cuba menjawab soalan-soalan di atas, tapi ini dari pembacaan aku di artikel-artikel penulis di Eropah. Bukan bermaksud apa yang aku baca itu benar 100% tapi tak rugi kalau kita fikirkan.

  •  Apa sebenarnya tugas seorang ball boy?
    - Simple. Get the ball and give it to the player. Tapi apa yang Charlie Morgan buat masa tu? Dia sengaja "menghempap" badan dia dengan tujuan untuk employ tactical "run the clock down".
  •  Dimanakah sebenarnya kedudukan seorang ball boy patut berada?
    - Apa yang aku baca, sebenarnya seorang ball boy tak patut berada di dalam padang ( kawasan berumput) untuk mengelakkan insiden seperti yang berlaku ni dielakkan.
  •  Apakah umur yang sesuai untuk menjadi seorang ball boy?
    -Secara rawaknya kelab-kelab di England mengambil kanak-kanak yang berumur 12-15 tahun untuk menjadi ball boy.



Anak kepada Direktor Swansea. Write like a big man but cries like a little girl.


 Secara am nya aku rasa si Charlie Morgan ni dah terlalu tua untuk menjadi ball boy. Umur 17 dah bai, dah expired tu. Patutnya dah join under 19 punya skuad dah. Ni belum sentuh pasal post-post twitter dia yang lain lagi. Eh, aku rasa macam dah tak neutral plak aku ( dah berat ke sebelah Hazard plak ). Apa-apa pun aku harap insiden yang bodoh ni tak patut berlaku lagi dalam dunia bolasepak tempatan mahupun dunia.

So sikit sebanyak aku rasa persoalan diatas dapat mencerahkan situasi yang digambarkan oleh pihak media yang Hazard bersalah 100% dalam insiden ini. Bagi pihak Hazard, aku rasa aku tak perlu menulis panjang sebab dah banyak artikel dalam internet yang mengecam tindakan Hazard yang menyepak bola di bawah badan Charlie Morgan tu. Hazard dah dikenakan hukuman dah, digantung 3 perlawanan. Walaubagaimana pun Charlie Morgan dan Eden Hazard dah bermaafan dah. Buang yang keruh ambil yang jernih.

p/s : Dari perspektif lain, aku rasa Hazard bersalah 100% sebab dia sepatunya sepak " bola" yang lain bukan yang dihempap oleh budak tu.


Listen Listen Listen. Siapa aku dari kaca mataku sendiri.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Dah lama betul aku tak buat entry. Biasalah manusia akhir zaman memang sibuk dengan hal duniawi, termasuklah aku sendiri.Sempena tahun baru 2013 Masihi (yang dah nak masuk bulan Februari dah pun) ni, aku akan perkenalkan diri aku yang sebenarnya.

 "Ekeleh poyo nye mamat ni nak kenalkan diri plak. Sapa ko nak poyo macam ni skali?"

Mungkin itu persoalan yang bermain di fikiran anda semua ketika ini. Tapi sedar tak ayat di atas tu ada persoalan yang perlu dijawab? Oleh itu aku gagahkan diri aku untuk menulis entry ni yang mungkin entry paling bosan untuk tahun 2013 ni. So harap anda semua dapat bersabar dan teruskan membaca. terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa untuk membaca entry yang aku sendiri rasa bosan menulisnya. ( Terima kasih awal-awal supaya orang teruskan membaca )

Ok, panjang plak mukadimah entry kali ni. Bertenang semua, aku just nak cerita sejarah kenapa aku obses dengan bolasepak jer, bukan nak kenalkan diri aku diluar konteks tu. Aku cuba buat dalam point form sebab orang macam aku ni kalau dah tengok perenggan panjang-panjang mulalah skip dan skip sampai terlepas point-point yang nak disampaikan.

  • Sejak bila ko start obses dengan bolasepak ni?
    - Aku obses sejak tahun 2005. Mula mengikuti perkembangan bolasepak dunia dengan serius sejak Jose Mourinho manage Chelsea.Aku mengaku aku fans Chelsea. Wohoo!
  •  So ko ni glory hunter la yer? Bila Roman Abramovich beli Chelsea baru ko nak jadi fans Chelsea?
    - Secara kebetulan aku follow Chelsea start tahun 2002. Masa tu Claudio Ranieri yang manage Chelsea bukannya Jose Mourinho. Masa 2002 aku baru form 4, rumah aku takde Astro, tambahan plak aku skolah asrama, so kurang peluang nak follow secara serius.
  •  Seingat ko, apa game Champions League yang ko pernah tengok masa zaman ko skolah menengah?
    - Aku tak ingat tahun bila, tapi rasanya 2003 kot, Juventus vs AC Milan. Final, masa tu Shevchenko score penalti kemenangan lepas seri 0-0. Sian aku tengok Del Piero masa tu. ( Del Piero tu idola aku)

    http://en.wikipedia.org/wiki/2003_UEFA_Champions_League_Final
  •  So yang sebelum-sebelum tahun 2003 takkan ko tak penah tengok langsung bolasepak kat tv?
    - Aku ingat tengok kat bilik TV masa kat skolah asrama dulu Zidane volley dengan kaki kiri. Mantap gila, terkesima aku tengok. Champions League Final 2002. Real Madrid vs Bayern Leverkusen.
  • Siapa pemain yang ko paling minat?
    -Alessandro Del Piero, Zinedine Zidane, Ronaldo, Ronaldinho dan Gianfranco Zola.
  • Takkan yang otai-otai jer, yang zaman skang punya pemain?
    -Eden Hazard, Mario Gotze dan Zlatan Ibrahimovic.
  • Kalau dah minat sukan bolasepak tu, video games mesti ko minat gak kan?
    -Confirm la. Aku paling ingat game FIFA World Cup 2002, kalau ada tanda bintang atas kepala player tu, sepak dari tengah boleh buat gol. PES aku minat dan Football Manager. Aku start main Championship manager 2003. Member satu dorm aku dulu bagi pinjam CD terus aku terjebak sampai dah tua ni.
  • Manager paling ko respect?
    - Jose Mourinho, Fabio Capello dan K. Ragopal ( Hang percaya hang loqlaq)
  • Takkan minat bola sepak Eropah jer bro? Tempatan tak layan ke?
    - Aku start follow Negeri Sembilan secara serius lepas menang Piala Malaysia 2009 masa Wan Jamak pegang dulu. Baru jer lagi, tak berkesempatan nak ke stadium sebab masa tu aku keje kat Johor.
  •  Boleh senaraikan Dream Team bagi ko?
    Refer gambar di bawah.
Dream Team bagi aku.



Rasanya dah cukuplah untuk entry kali ni. Mungkin akan ada entry susulan pasal diri aku yang terjebak dengan gejala ultras. Biasalah aku kan geng budak jahat. Kalau ada mana-mana info yang tak tepat boleh tegur kat ruangan komen dibawah.

P/s : Aku guna obses sebab aku rasa obses bagi aku masih boleh dikawal.