Monday, 4 February 2013

Roberto Di Matteo atau Rafael Benitez atau Jose Mourinho?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Rafa Out. Seriously out!

Entry kali ni mungkin agak pedas dari entry sebelum-sebelum ni. Macam yang aku tulis dalam entry yang berkisar tentang diri aku, aku dengan bangga mengaku yang aku berdarah "biru".  CHELSEA FOOTBALL CLUB merupakan pasukan Eropah pertama yang aku support. Boleh dikatakan aku ni "kipas susah mati" Chelsea. Sebab apa? Aku dah tulis kat entry ni "http://mazacar.blogspot.com/2013/01/listen-listen-listen-siapa-aku-dari.html.




Statistik manager yang pernah in charge Chelsea sepanjang Roman berkuasa






Selepas berjaya menjulang Champions League di Munich tahun lepas aku rasakan akan ada perubahan besar dalam pasukan Chelsea untuk season 2012/2013 ni. Memang itu yang aku harapkan. Dengan pemergian Drogba, Meireles, dan Kalou, mesti ada muka-muka baru yang akan datang menggantikan mereka semua. Hazard, Oscar, Azpilicueta adalah muka baru yang diharapkan dapat membantu Chelsea dalam pemburuan tujuh piala untuk musim 12/13. Piala yang menjadi idaman setiap peminat Chelsea dah tentu Premier League, FA Cup, Champions League Cup, European Super Cup, Club World Cup, Capital One Cup dan Charity Shield. 

Jasamu dikenang RDM.

Bermula season 12/13 dengan dibimbing oleh Roberto Di Matteo, Chelsea bermula agak baik. Walaupun gagal memenangi Charity Shield dan European Super Cup, tapi prestasi dalam Barclays Premier League dan Champions League masih boleh dikatakan memuaskan. Tapi sedikit tactical blunder masa bertemu Juventus kat Turin Roman Abramovic rasa enough is enough. Attacking football yang dicari oleh Roman memang berjaya diserapkan oleh Matteo. Dengan trio Mata, Hazard dan Oscar menjadi tunjang pada free flowing football yang cuba diserapkan tu. Tapi ada keburukan dari segi defending. Chelsea tak lagi dianggap sebagai lawan yang sukar dibolosi. Sebab sebelum ni, Chelsea amat terkenal dengan taktikal "park the bus" oleh rata-rata peminat bolasepak Eropah. Pada pandangan peribadi aku, Roman tak nampak semua ni. Apa yang dia nak hanyalah corak permainan yang cantik, ball possession dan menyerang. Matteo seboleh-boleh cuba untuk balancekan antara menyerang dan bertahan. Balance is the key. Tapi Roman memang seorang yang bangang dan jenis tak menyabar punya orang. Seorang Chelsea legend yang berjaya memenangi FA Cup dan Champions League dalam masa tiga bulan in charge dipecat macam tu jer. Memang bangang. Bangang abadi.


Rafael Benitez, You dont know what you are doing.

Bila Matteo dah kene pecat, aku rasa aku dah tahu siapa yang akan menjadi interim manager sampai hujung season. Hanya Redknapp, Guardiola dan Benitez jer yang menjadi pilihan dan available tanpa sebarang kelab. Nah, ambik kau, Rafael Benitez jadi manager. Roman manmbahkan lagi kebangangan abadi beliau dengan mengambil seorang coach yang dah jobless selama dua tahun sejak dipecat dari Inter Milan. Dah la masa era Mourinho kat Chelsea si Rafa ni selalu sangat dok kutuk-kutuk Chelsea, fans Chelsea, boleh plak tu Roman buat tak tau dengan fakta tu, ambil si Rafa ni jadi interim manager.

Mungkin faktor pemain kesayangan dia Torres tu kot. Dengan harapan si Rafa ni boleh mengembalikan zaman kegemilangan Torres masa dia in charger Liverpool dulu. Nah, kalah Club World Cup, dimalukan oleh Swanse dalam semi final Capital One Cup. Baru Roman tau langit tinggi ke rendah. Dah la bangang pecat Matteo, lepastu ambil si Rafa ni plak. Bertambah la bangang si Roman tu. Awal season ada target tujuh piala untuk dimenangi. Lepas pecat Matteo boleh plak dia rendahkan target. Katanya takde piala pun takpa asalkan dapat Champions League spot untuk season depan. 

Apa yang aku rasa sepanjang Rafa in charge Chelsea setiap minggu.


Itulah, keputusan terburu-buru untuk pecat Matteo dah backfire Roman sebenarnya. Mungkin kalau bukan Benitez yang jadi interim manager aku rasa situasi Chelsea tak seteruk macam sekarang ni.Apa yang aku nampak Benitez ni memang tak tau apa yang dia buat pun. Taktikal macam haram, substitutions yang dia buat plak memang mengarut. Even aku yang hanya seorang peminat marhaen ni pun boleh nampak dengan jelas yang Rafa ni sebenarnya clueless dalam buat keputusan. Masa game bukan main beria tulis nota tu nota ni. Tapi hasilnya? Harammmm. Statistik kat Stamford Bridge memang sangat sedih. Lepas tu sekarang ni Chelsea asyik kene gol minit-minit akhir. Apa yang kau dah buat Benitez?

Ok, mungkin tak boleh salahkan Rafa 100% dalam kemerosotan yang amat teruk dalam pasukan Chelsea ni. Dia hanya boleh cakap, plan dan explain apa yang dia nak kepada pemain dia sebelum perlawanan. Tapi pemain yang menterjemahkan apa yang dikatakan oleh Rafa kepada mereka dalam padang selama 90 minit. Apa yang aku nampak pemain Chelsea dah takda semangat juang 'never give up' dalam diri mereka. Moral pun dah memang teruk. Macam mana nak semangat berjuang kalau result asyik macam haram jer? Expectation kat Chelsea tinggi. Kalau Everton ke Sunderland ke takpe lagi hilang point demi point sebab kelab macam Everton dan Sunderland tak invest secara pukal macam Chelsea punya investment. Bukanlah aku cakap aku nak kan instant success tapi stability tu penting. Ni setiap permulaan season asyik bermula dengan manager yang berlainan, macam mana nak dapatkan stability dalam Chelsea? Gaya tiap-tiap manager tu lain. Ingat tu.

Jose Mourinho bakal kembali ke Chelsea?

 Ada ura-ura dalam media Eropah mengatakan Roman dah ketepikan ego beliau dan kurangkan sikit bangang beliau dengan memulakan negotiation dengan Jose Mourinho. Aku memang amat-amat berharap yang Mourinho dapat kembali ke pangkal jalan. Sebab bagi aku, Mourinho merupakan manager Chelsea paling berjaya dalam era Roman. Dengan skuad Chelsea yang sedia ada sekarang ni, aku yakin Chelsea boleh kembali menjadi kuasa dalam Premier League.

Aku berharap agar Chelsea tak kan kehilangan status sebagai pasukan yang digeruni dalam Premier League mahupun Champions League. Jangan jadi macam satu pasukan yang sebelum ni mempunyai rekod kejuaraan lima kali dalam Champions League tapi dah beberapa musim main kat Euro League jer. Champions League tu adalah satu kejohanan yang berprestij, boleh dikatakan World Cup setiap musim. Itu pendapat aku la, lain orang lain pendapat. So aku harap Chelsea dapat sekurang-kurangnya mengekalkan tempat ketiga di belakang Manchester City dan Manchester United. At least boleh main Champion League season depan.

p/s : Penggunaan perkataan mungkin agak pedas tapi harus digunakan bagi menyampaikan maksud yang ingin disampaikan.






Sunday, 3 February 2013

Dilema Nazmi Faiz, apa yang aku boleh simpulkan.

Assalamualaikum semua.

Nazmi Faiz Mansur. Nama yang tak asing lagi bagi peminat sukan bolasepak tanah air. Pencapaian Nazmi dengan mewakili pasukan bawah 19 tahun Beira Mar yang berpengkalan kat Portugal memang amat membanggakan. Bukan senang nak dapat tarik perhatian scout dari Eropah apatah lagi gred Liga Super kita sekadar gred D. Jauh lebih rendah grednya dari negara seperti China, Jepun dan Korea. Perlu diingatkan dulu negara Jepun ada menghantar wakil mereka untuk mengkaji selok belok Liga Malaysia, tapi sekarang ni kita sendiri boleh lihat tahap mana kita berada. Ok lah, ni entry pasal Nazmi bukan pasal gred liga kita.


Nazmi homesick?

Apa yang mengejutkan peminat bolasepak tempatan ialah keputusan Nazmi untuk kembali ke Malaysia. Bagi aku, memang aku sangat terkejut sebab aku anggap Nazmi Faiz boleh adept dengan sangat baik kat Portugal tu. Rupa-rupanya jangkaan aku meleset. Takde desas desus yang aku dengar mengatakan yang Nazmi Faiz ni homesick pun sebelum ni. Tup-tup dia dah ada kat Malaysia dah. Geleng kepala aku dibuatnya.

Memang apa yang dia putuskan dalam kehidupan dia tu hak dia. betul tu, takde sapa pun patut buat keputusan untuk Nazmi Faiz melainkan Nazmi sendiri. Tapi hak untuk memberikan pendapat adalah hak semua orang, cuma cara masing-masing meluahkan pendapat itu adalah berbeza. Macam aku, aku lebih suka menulis dan merapu dalam blog. Bukan bermaksud aku ni pandai sangat, tapi aku sekadar meluahkan apa yang aku fikirkan dalam pala otak aku ni jer.

Apa yang dapat aku simpulkan dalam kes Nazmi Faiz ni, mungkin dia dah tak diperlukan lagi oleh pihak pengurusan Beira Mar. So Nazmi dah di"release" dari kontrak yang ditandatangani sebelum ni. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab Nazmi dah sign kontrak dengan PKNS FC, 3 tahun tu. Mana ada pemain professional yang ada kontrak dengan sesuatu kelab boleh selamba sign kontrak dengan kelab lain?

Ada ura-ura mengatakan yang FAM ada melakukan rundingan dengan pihak pengurusan Beira Mar untuk membawa pulang Nazmi Faiz ke Malaysia selama enam bulan, konon nak membantu Malaysia dalam Sukan SEA dan kelayakan Piala Asia. Deiii, Nazmi Faiz ni bukan key player pun dalam pasukan Beira Mar tu. Apahal plak nak panggil balik selama enam bulan? Yaya Toure yang key player, top earner kat Manchester City pun boleh balik wakili Ivory Coast untuk AFCON. Sebab Toure tertakluk pada kontrak, selagi dia dapat panggilan dari negara kelahiran dia untuk mewakili negara dalam kejohanan tertentu, dia harus dilepaskan oleh kelabnya. Lainlah kalau si Toure ni dah declare yang dia nak bersara dari pasukan kebangsaan. Ura-ura berkaitan FAM ni nampaknya tak betul, tapi kalau takda angin masakan pokok bergoyang?

Misi 33?

PKNS FC, kenapa PKNS? Kenapa bukan Harimau Muda yang dibimbing oleh Ong Kim Swee? Kenapa? Sebab yang sebenar hanya boleh dijawab oleh Nazmi Faiz sendiri. Dalam petikan akhbar dia cakap dia memang fans PKNS FC. Yelah tu. Dream come true la tu sebab dapat main untuk pasukan kegemaran dia kan?Kalau betul ura-ura yang cakap FAM panggil dia balik untuk persediaan sukan SEA kenapa dia sign kontrak tiga tahun dengan PKNS? Siapa yang ada akal fikiran yang waras mesti pelik. Semudah itu jer pilih PKNS FC? Kalau nak tolong Harimau Malaya, kenapa tak main untuk Harimau Muda tu? So kat sini aku simpulkan yang Beira Mar dah tak perlukan lagi Nazmi Faiz ni dalam pasukan mereka. Sebab tu Nazmi Faiz balik ke Malaysia

Ada yang cakap, pasukan bawah 19 tahun tu tak competitive untuk Nazmi develop bakat dia. Ooo, so Liga Super Malaysia ni competitive la yer? Sangat competitive. Untuk pengetahuan semua, scout-scout dari kelab besar di Eropah banyak tengok match bawah 19 ni untuk cari talent muda dan diserapkan masuk ke dalam akademi mereka. Kalau Nazmi Faiz main untuk PKNS FC, ada ke peluang untuk  scout dari Benfica atau Porto datang tengok match PKNS tu? Fikirlah sendiri.

Ini belum cerita pasal homesick, kontroversi dengan perempuan dan Sijil Pelajaran Malaysia. Apa-apa pun aku just boleh menulis pendapat aku jer, bukan nak cakap apa yang aku tulis ni betul 100% tapi untuk difikir-fikirkan oleh semua. Semoga berjaya aku ucapkan kepada Nazmi dalam karier bolasepak tempatan yang sangat competitive ini. Umur pun muda lagi, so fokus ke bolasepak lebih baik aku rasa dari fokus ke Tengku Fiella tu.

p/s: Aku hantu FM jadi aku selalu release youth player yang aku rasa tak berbaloi main dalam team aku.