Tuesday, 5 March 2013

Insiden baling objek di Stadium Larkin

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Agak lama menyepi tanpa entry baru, maka aku akan update dengan satu insiden yang aku sendiri berada di tempat kejadian. Away days Johor Darul Takzim FC vs Negeri Sembilan FA.

Setelah aku meneliti komen-komen dari beberapa page komuniti bolasepak dekat Facebook aku dapati ada pihak-pihak yang skeptikal tentang isu di Larkin.

Sebenarnya insiden baling objek di stadium Larkin oleh penyokong JDT adalah benar. Bukan rekaan yang kami sengaja buat. Logik akal ke pengsan sebab tak cukup makan? Sedangkan mangsa dah banyak kali bersama-sama berdiri chanting dengan Buffalo Souljah.

Secara detailnya insiden tu terjadi betul-betul selepas JDT score goal kedua. Masa insiden tu berlaku, aku berada di barisan depan away terrace. Sedang mengenang nasib pasukan Negeri Sembilan yang tak pernah menang langsung. Tiba-tiba kecoh bila seorang komrad kami yang berbadan agak tough terbaring atas seat beberapa baris dibelakang tempat aku berdiri.

Rupa-rupanya ada objek- secawan air yang berisi penuh dibaling dari tempat duduk penyokong JDT yang berada di sebelah kanan away terrace. yang aku pelik, polis duduk tengah-tengah antara kedua terrace tapi boleh buat tak tau jer. Insiden ini memang aku sendiri tak jangka. Kami menjerit minta bantuan medic team tapi tak diendahkan.

Ok, mungkin ada yang komen macam ni " Alah, setakat secawan air je pun boleh pengsan ke?

Memang secawan air yang berisi penuh tu tak mampu untuk membuatkan seorang lelaki yang gagah untuk patah tengkuk, tapi cuba kita fikir situasi ini....

Anda sedang asyik memberi sokongan dengan chanting dan diselang seli dengan makian kepada referee dan juga pemain tiba-tiba satu objek tepat ke kepala anda. Anda terkejut lalu hilang balance, tergelincir dan kepala anda terhantuk di bucu kerusi stadium. Disebabkan badan anda yang gagah anda menghasilkan impak yang cukup besar dan menyebabkan tengkuk anda patah. Kemudian anda dibiarkan tanpa dapat dibantu oleh rakan-rakan anda selama 10 minit sebelum bantuan kecemasan tiba. Apa perasaan anda?

Aku harap kejadian yang macam ni tak berlaku lagi di mana-mana stadium di Malaysia. Memang insiden macam ni tak dilaporkan di surat khabar atau tv mainstream sebab takda wartawan yang betul-betul berada di tempat kejadian. Pada yang skeptikal itu terpulang kepada anda. Jangan nanti bila dah terkena batang hidung sendiri anda baru menyesal.

Bukan hanya cerita kosong.
P/s : Setiap away days pasti ada cerita sendiri. Suka duka bersama komrad bukan boleh dibeli dengan wang ringgit. Priceless.