Wednesday, 29 May 2013

Football HOOLIGAN-dari kaca mata aku.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entry kali ni aku nak cerita sikit pasal hooligan. Satu term yang amat sinonim dengan sukan paling terkenal di dunia iaitu sukan bolasepak. Seluruh pelusuk dunia akan ada hooligan selagi adanya kelab bolasepak di sesuatu tempat itu.

Hooligan ni terkenal dengan satu imej jer iaitu keganasan. Keganasan terhadap group hooligan yang lain. Selalunya hooligan akan bertarung dengan group hooligan lain diluar kawasan stadium. Setiap kelab yang ada tradisi dan sejarah mempunyai firm yang mewakili kelab masing-masing.

Contohnya, Arsenal-The Herd, West Ham-Inter City Firm, Chelsea-Headhunters, Manchester United-Red Army, Totentham Hotspur-Yid Army dan lain-lain. Ni aku ambil contoh dari kelab England. Yang Italy dah tentu lagi terkenal dengan senario hooligan mereka. Sekadar contoh, jadi aku ambil kelab dari England.


Awaydays punya hooligan style

Hooligan ni bukan boleh ditubuhkan secara suka-suka. Bukan saja-saja aku dengan kawan aku minum teh o kat kedai makan lepas tu rasa macam nak buat satu group hooligan, then terus initiate satu firm. Kalau pun aku buat macam tu, takkan nak diheboh kat laman sosial yang aku dah initiate satu firm hooligan untuk Negeri Sembilan? Dah tentu polis adalah musuh utama group hooligan ni. So kalau pun aku wujudkan satu firm untuk Negeri Sembilan, takkan aku nak kecoh bagi semua orang tahu, mesti polis akan aim aku punya, no doubt about it.

Hooligan yang sejati takkan pakai jersi kelab mereka. Mereka ada etika pemakaian mereka sendiri. Sama ada hooded ninja atau pun berjaket berjenama Stone Island, berseluar jeans dan berkasut Adidas. Sebab apa mereka tak nak bawak imej kelab mereka? Sebab mereka sayangkan kelab mereka. Bila dah tercetus keganasan, kalaulah bawak nama kelab mereka, mesti nama baik kelab mereka tercemar, jadi mereka memilih untuk tampil dengan imej yang langsung tak ada kena mengena dengan kelab kesayangan mereka.

Aku tak pernah pegi ke Eropah pun sebenarnya, aku sekadar menonton movie yang berkaitan dengan hooligan ni jer. Tapi aku tau apa yang diperjuangkan oleh hooligan ni secara kasarnya. Motto utama mereka ialah " STAND YOUR GROUND".


Green Street Hooligans punya style

Apa maksud motto tu? Maksud utama ialah jangan lari dari medan pergaduhan, stay bersama-sama brother yang berjuang masa bergaduh. Jangan sesekali tinggalkan brother kita dibelakang. Yang paling membanggakan satu-satu firm hooligan tu adalah menyapu habis, kira conquer satu firm yang lain kat tempat lawan. Contohnya, Chelsea vs Millwall, Headhunters vs The Millwall Bushwackers, Headhunters ni tapau group The Millwall Bushwackers kat tempat Millwall sendiri. Bukan bangga dengan mendabik dada belasah orang tanpa usul periksa kat rumah sendiri. Itu bukan prinsip mereka. Kalaupun mereka berjaya tapau firm lawan ditempat mereka sendiri, mereka anggap itu sekadar mempertahankan maruah mereka jer.

Aku cadangkan bagi yang nak tau serba sedikit pasal hooligan ni boleh tengok movie seperti dibawah:
  1. The Football Factory (2004)
  2. Green Street (2005)
  3. Rise of the Footsoldier (2007)
  4. Cass (2008)
  5. Green Street 2: Stand Your Ground (2009)
  6. Awaydays (2009)
  7. The Firm (2009)
(Sumber Wikipedia)

Aku mengaku yang aku punya knowledge pasal hooligan ni cetek, tapi secetek-cetek ilmu aku, aku takda lah nak bawak budaya hooligan ni ke dalam senario bolasepak kita ni. Budaya hooligan ni bertentangan dengan ajaran Islam. Itu yang membataskan segalanya. Islam mengajar kita berbaik-baik sesama insan, bukan ajar guna kekerasan dan menjadi seorang hooligan.

P/s : Aku gelak besar bila ada orang komen kat FB yang EPL takda keganasan, kalah atau menang semua tepuk tangan.




Johor Darul Takzim, pendapat aku seorang rakyat marhaen.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum apa-apa aku nak bagi tahu awal-awal, aku anak jati Negeri Sembilan. Sekolah rendah di negeri Melaka, sekolah menengah di negeri Johor, sambung belajar di Pahang, dan mencari rezeki di negeri Johor. Apa yang aku tulis ni adalah pendapat aku sendiri, tidak dipengaruhi oleh sentimen kenegerian.

Aku ada ramai kawan orang Johor, entah-entah lebih ramai lagi dari kawan aku kat Negeri Sembilan ni. Tapi ini bukan penghalang untuk aku memberikan komen yang sepatutnya kepada pasukan baru yang ditubuhkan pada tahun 2013 ni, iaitu Johor Darul Takzim (JDT).

Aku harap kawan-kawan aku yang orang Johor jangan terasa dengan apa yang bakal aku tuliskan ni. Kalau ada makian atau cacian anda boleh sound direct kat aku, sebab aku tulis tanpa menggunakan sebarang cacian atau makian. OK.

Aku ikut scene bolasepak tempatan ni sejak 2009, lebih tepat lagi masa Negeri Sembilan jadi Juara Piala Malaysia. Cuma aku tak berkesempatan untuk ke stadium sebab aku kerja kat Johor. Aku mengaku yang aku baru jer lagi ikut scene bolasepak tempatan ni, tapi sekurang-kurangnya aku lebih senior dari rakyat Johor yang mengaku penyokong sejati JDT. Sejak bila? Sejak 2013? Memang lawak. Belum sampai setahun dah mengaku penyokong sejati? Apa yang buat anda mengaku anda penyokong sejati? Dah rasa zaman kejatuhan JDT ke?

Bukanlah semua orang Johor yang macam aku tuliskan kat atas tu. Ada kawan aku dari zaman Johor FC lagi dah memang selalu ke stadium, zaman Eddy Helmi main kat Stadium Pasir Gudang tu lagi. Agaknya legend Johor FC ni sendiri entah orang Johor yang mengaku penyokong sejati JDT itu kenal atau tak.

 Apa yang aku nampak, golongan yang dari dulu lagi sokong Johor FC ni tak lah beria-ria macam penyokong yang melabelkan diri mereka penyokong sejati JDT since 2013.Sebab apa? Sebab golongan ni dah merasa zaman kejatuhan dan kegemilangan lama lagi sebelum JDT ditubuhkan.

Apa yang aku nampak sejak JDT menggantikan Johor FC tahun ni, macam-macam hal berlaku dalam senario bolasepak tempatan. Yang positifnya dah tentulah mengembalikan semangat untuk ke stadium Larkin yang dulu sunyi sepi tu. Tapi yang negatifnya macam lebih menonjol. Anda sendiri dah tahu macam-macam hal yang berlaku bila JDT bertandang ke gelanggang lawan.

Provokasi bolasepak ini dah lumrah. Kalau baru menyokong tahun 2013 dan hati tisu, jangan cuba untuk mengaku sebagai penyokong setia. Macam aku lalui sekarang ni. Negeri Sembilan tercorot liga super. Dah siap mental untuk ke liga perdana, aku tetap berjuang dengan cara aku untuk protes pasal prestasi skuad Jang ni. Jangan cuba cakap aku cemburu tengok kejayaan pasukan JDT tahun ni lah.

Apa yang JDT dah menang setakat ni? Nothing ok. Belum lagi. Aku dah merasa tiga final Piala Malaysia berturut-turutlah. Dua kali jadi juara, takkan aku nak cemburu dengan pasukan yang belum pernah menang apa-apa dalam kejohanan bolasepak Malaysia? Anda harus ingat, JDT adalah satu pasukan yang baru, bukan hanya setakat menggantikan Johor FC, tapi sebuah pasukan yang baru.

Sebenarnya aku rasa terpanggil untuk tulis entry yang panjang ni untuk meluahkan rasa dan pandangan aku selaku peminat sukan bolasepak tanah air, bukan untuk menghentam mana-mana pihak. Cuma aku ada terasa annoyed la dengan segelintir penyokong setia sejak 2013 tu up status yang macamlah JDT ni bagus sangat. Jadi entry ni adalah untuk penyokong setia sejak 2013.

Akhir kata dari aku, aku minta maaf kepada kawan-kawan aku orang Johor yang terasa dengan entry aku kali ni. Aku rasa terpanggil untuk buat entry ni sebab aku tak nak hipokrit. Aku akan kembali ke bumi Johor untuk mencari rezeki satu masa nanti, tapi aku tetap ada hak untuk menyampaikan pendapat aku dalam bentuk penulisan blog yang tak seberapa ni.

p/s: Aku bukan lalang, biar ke liga perdana aku akan tetap dengan mafla Negeri Sembilan ke bumi Johor.

 





Thursday, 2 May 2013

PBNS dan PRU13, apa kaitannya?

Percayakah anda kalau boleh PRU13 ni cepat2 la habis. Aku dah muak dengan skuad bolasepak Negeri Sembilan yang masih berdegil untuk mengekalkan rekod tanpa kemenangan ni.

Apa kaitan pulak PRU13 dengan bola? Kau ni mengarutlah oi!!

Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) dipresidenkan oleh Dato' Utama Mohamad Hassan, iaitu menteri besar sementara kerajaan Negeri Sembilan sekarang ni. Dia dah buat kenyataan dekat sesi soal jawab yang dia sibuk sangat dengan persiapan PRU13 sampaikan skuad bolasepak Negeri Sembilan diabaikan. Inilah kaitannya. Dia bagi orang bawah bekerja, sedangkan dia sendiri tak dapat nak supervise anah buah dia. Orang kata kenang jasa Tok Mat, kita kenang jasa dia, tapi kalau dia dah x fit lagi untuk terajui PBNS, dia patut bagi laluan pada orang yang lebih bermotivasi untuk melaksanakan tugas seorang presiden.

Orang kata biasalah tu, ada masa kita kat atas, ada masa kita kat bawah. Aku sokong pernyataan tu. Tapi biarlah kita jatuh bermaruah. Bukan tak melawan langsung. Skuad Negeri Sembilan sekarang ni lesu, longlai, tak de idea, kurang "kesegeraan" bak kata Azlan Johar. Buffalo Souljah sendiri dah fedup, sehingga dah anjurkan kempen boikot home match. Ini dah tahap ekstrem ni. Kami mahukan perubahan.

Tak kiralah siapa yang bakal jadi kerajaan Negeri Sembilan. Kalau boleh organisasi sukan lagi2 bolasepak janganlah dipengerusikan oleh orang yang terlibat dalam politik.

Hanya sekadar pendapat seorang anak Negeri Sembilan yang mahukan perubahan secara menyeluruh, bukan sekadar di arena politik, tapi di area sukan tanah air. Akhir kata, Presiden FAM sila letak jawatan. Kami dah muak!