Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ok, mood menulis belum sampai lagi 100% tapi aku gagahkan gak diri aku untuk menulis tentang game Thailand vs Malaysia semalam. Semua dah sedia maklum yang hasrat Harimau Malaya untuk mengekalkan kejuaraan AFF Suzuki Cup yang dimenangi dua tahun lepas dah pun berkubur.
Ada banyak pecahan topik yang aku rasa aku nak tulis dalam point form. Harap pembaca dapat memahami point yang aku cuba sampaikan ( diingatkan ini adalah pandangan peribadi aku jer,kalau ada sebarang bantahan atau komen boleh kemukakan diruang komen yer).
![]() | |
Formation 4-5-1 |
- Taktikal Kinggopal.
- Serangan Thailand pada 15-30 minit yang pertama banyak berpunca dari sebelah kiri. Link-up between defend dengan winger kiri Thailand nampak betul2 serasi.
-Minit ke 10 dan 14 Mahalli dan Fadhli mengutip kad kuning walaupun pada hemat aku mereka baru melakukan kekasaran sekali jer. ( Kalau diikutkan, secara siviknya pengadil akan memberi amaran lisan yang pertama bila pemain lakukan kekasaran buat pertama kali)
-Mahali dan Alex tidak ada keserasian dan kurang mendapat bola. Sebab midfield Thailand menguasai bahagian tengah dengan cemerlang skali. Anucha, Adul Lahsoh, Dartsakorn dan Phichitpong memainkan peranan dengan baik dengan mengekang Kunanlan, Safiq, Amar, Badd dan Alex.
- Midfield adalah jentera atau nadi yang menggerakkan serangan. Ini adalah basic dalam sesuatu pasukan. Safiq dan Amar nampak betul2 takde hala tuju bila ada bola. Safiq adalah sekali dua buat rembatan liar kearah pintu gol lawan.
- Bila Fadhli Shas dibuang pada gara2 Dartsakorn dan keputusan terburu2 pengadil dari Korea (Kpop) membuatkan kita hilang seorang center half. Amar diarahkan untuk menjadi center half mengejut. Mujur first half kita dapat bertahan sebab Fadli Shas pun dibuang padang pada minit2 terakhir perlawanan.
- Kinggopal lambat memasukkan Faizal Muhammad. Sepatutnya sebagai coach yang baik, dia harus mengekalkan empat orang defend. Bukan biar Amar jadi center half sebab itu bukan natural position Amar.
-Second half start aku dah mula merasakan akan ada gol dijaringkan oleh Teerasil Dangda. Walaupun Aidil berusaha keras man mark Teerasil ni, jelas Teerasil ni adalah natural goal scorer. Namun Teerasil ni bukanlah sangat hebat, ada gak goal scoring chance yang dia miss. 1 on 1 dengan Farizal seingat aku pada try yang pertama. First goal Thailand adalah dari kesilapan Amar. Ini fakta bukan aku main petik jer. Nampak Amar gagal mengawal bola dengan baik.
- Kinggopal macam keliru sama ada dia nak teruskan menyerang atau bertahan. Kalau aku, bermain 10 vs 11, aku akan mengarahkan pemain untuk melakukan counter attack. Sustain the pressure dan pastikan striker Thailand tak dapat melarikan bola atau melepaskan cubaan ke arah pintu gol. Paksa flanker Thailand dengan menghadkan ruang permainan mereka (narrow the space for them to run towards the byline)
-
- Memasukkan Safee Sali tidak memberikan sebarang makna. Adalah sekali heading yang Kawin save.
- Pemain kegemaran atau kesayangan Kinggopal.
- Pemilihan Amar Rohidan selaku defensive midfield dalam pasukan kebangsaan adalah sangat tidak tepat. Bukan nak merendahkan kemampuan Amar tapi ramai lagi pemain dalam Liga Super yang amat sesuai bermain kat tempat Amar tu. Pasukan yang Amar wakili iaitu pasukan Kedah kene relegate, sekaligus memberi gambaran sebenar performance Amar dalam Liga Super.
- Safiq Rahim sebagai perancang utama dan kapten pasukan. Pemain tengah paling bernilai? Performance Safiq dengan Selangor pun tidak sehebat Badri Razi (Piya). Nak kata ketajaman freekick, Piya pun ada kemampuan yang sama. Leadership? Piya kapten Kelantan dah 2 musim (setahu aku la, aku ni orang Negeri Sembilan). Apa sebenarnya yang ada pada Safiq sampai aku nampak dia ni macam anak emas Kinggopal plak?
- Farizal Marlias atau Khairul Fahmi Che Mat?
- Farizal dah buktikan yang dia setanding dengan Apek dalam ketangkasan dan kelincahan menjaga gawang Malaysia.
- Gol yang dijaringkan oleh Teerasil dan Theeraton bukan salah Farizal. Kealpaan defend yang menyebabkan gol Farizal dibolosi dua gol.
- Yer, aku tau Farizal ni bekas goalkeeper Negeri Sembilan tapi aku tak gunakan fakta ini untuk menulis dalam part ni. Lagipun Farizal dah berhijrah ke Perak dah.
-Apek dah boleh dah fokus dengan persiapan perkahwinan dia dengan Leuniy (betul ke salah eja aku pedulik ape)
- Mutu pengadilan Lee Min Hu (pengadil Kpop)
![]() | |||
Pengadil Kpop kayu? |
- Part yang ni memang paling bermasalah untuk aku tulis. Yelah, aku pun panas hati dengan pengadil Kpop ni. (Sapa2 yang ada masalah aku guna Kpop tu sila mengaku yang anda adalah seorang Kpopers)
- Statistic yang aku baca kat laman web fifa dalam referee section memang menunjukkan yang dia ni suke dan hobi dia ni melayangkan kad2 yang ada tak kira kuning atau merah. Kalau kad pengenalan dia boleh layang, dia layangkan dah pada pandangan aku la.
- Aku ada perasan satu insiden yang Phichitpong high boot (masa tu dia dah ada satu kad kuning). Kalau ikutkan mutu pengadilan dia malam tadi, sepatutnya Phichitpong pun dilayangkan kad kuning yang kedua tapi haram.
- Aku dapat tahu Fadhli Shas meminta maaf kepada rakan sepasukan, peminat dan penyokong. Respect aku kat Fadhli Shas sebab walaupun dia tahu yang referee Kpop malam tu adalah mengarut, dia masih meminta maaf. Aku pun rasa semua orang maafkan Fadhli Shas ni.
- Teerasil Dangda
![]() | ||
Teerasil Dangda |
- Setakat ini menjaringkan lima gol dan merupakan current top goal scorer of the tournament.
-Skuad yang diwakili oleh Dangda iaitu Muangthong United tak pernah kalah dalam perlawan liga di Thailand.
-Dangda memecahkan rekod jaringan terbanyak liga dengan menjaringkan 24 gols,memadamkan rekod 23 gol oleh Ronchai Sayomchai yang dilakukan pada tahun 1998.
-Pernah mewakili Manchester City ketika kelab Liga Inggeris itu dipegang oleh Thaksin Shinawatra.
- Rekod penampilan Dangda dalam liga bagi Muangthong United.
Season 2009 2010 2011 2012 |
Penampilan 25 25 26 31 |
Gol 7 7 13 24 |
Maka dengan ini, berakhirlah entry yang aku rasa amatlah panjang untuk aku menulis. Segala komen dan kritikan boleh dilemparkan di ruangan komen. Kalau ada yang aku rasa melampau aku akan delete. Terus terang jer la kan lagi baik. Hehe. Sehingga bertemu di entry yang akan datang. Cheers.
p/s : Aku rasa penat gak menulis blog ni. Macam mana la blogger yang lain meluangkan masa untuk menulis blog? Penat perah otak nk karang ayat.
Menarik bro... Harap dapat teruskan menulis...
ReplyDeleteTerima kasih. Baru je lagi dalam bidang penulisan ni.
ReplyDeleteWah..complete nye ulasan...gud writting!kepit dup#^_^#
ReplyDelete