Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebelum apa-apa aku nak bagi tahu awal-awal, aku anak jati Negeri Sembilan. Sekolah rendah di negeri Melaka, sekolah menengah di negeri Johor, sambung belajar di Pahang, dan mencari rezeki di negeri Johor. Apa yang aku tulis ni adalah pendapat aku sendiri, tidak dipengaruhi oleh sentimen kenegerian.
Aku ada ramai kawan orang Johor, entah-entah lebih ramai lagi dari kawan aku kat Negeri Sembilan ni. Tapi ini bukan penghalang untuk aku memberikan komen yang sepatutnya kepada pasukan baru yang ditubuhkan pada tahun 2013 ni, iaitu Johor Darul Takzim (JDT).
Aku harap kawan-kawan aku yang orang Johor jangan terasa dengan apa yang bakal aku tuliskan ni. Kalau ada makian atau cacian anda boleh sound direct kat aku, sebab aku tulis tanpa menggunakan sebarang cacian atau makian. OK.
Aku ikut scene bolasepak tempatan ni sejak 2009, lebih tepat lagi masa Negeri Sembilan jadi Juara Piala Malaysia. Cuma aku tak berkesempatan untuk ke stadium sebab aku kerja kat Johor. Aku mengaku yang aku baru jer lagi ikut scene bolasepak tempatan ni, tapi sekurang-kurangnya aku lebih senior dari rakyat Johor yang mengaku penyokong sejati JDT. Sejak bila? Sejak 2013? Memang lawak. Belum sampai setahun dah mengaku penyokong sejati? Apa yang buat anda mengaku anda penyokong sejati? Dah rasa zaman kejatuhan JDT ke?
Bukanlah semua orang Johor yang macam aku tuliskan kat atas tu. Ada kawan aku dari zaman Johor FC lagi dah memang selalu ke stadium, zaman Eddy Helmi main kat Stadium Pasir Gudang tu lagi. Agaknya legend Johor FC ni sendiri entah orang Johor yang mengaku penyokong sejati JDT itu kenal atau tak.
Apa yang aku nampak, golongan yang dari dulu lagi sokong Johor FC ni tak lah beria-ria macam penyokong yang melabelkan diri mereka penyokong sejati JDT since 2013.Sebab apa? Sebab golongan ni dah merasa zaman kejatuhan dan kegemilangan lama lagi sebelum JDT ditubuhkan.
Apa yang aku nampak sejak JDT menggantikan Johor FC tahun ni, macam-macam hal berlaku dalam senario bolasepak tempatan. Yang positifnya dah tentulah mengembalikan semangat untuk ke stadium Larkin yang dulu sunyi sepi tu. Tapi yang negatifnya macam lebih menonjol. Anda sendiri dah tahu macam-macam hal yang berlaku bila JDT bertandang ke gelanggang lawan.
Provokasi bolasepak ini dah lumrah. Kalau baru menyokong tahun 2013 dan hati tisu, jangan cuba untuk mengaku sebagai penyokong setia. Macam aku lalui sekarang ni. Negeri Sembilan tercorot liga super. Dah siap mental untuk ke liga perdana, aku tetap berjuang dengan cara aku untuk protes pasal prestasi skuad Jang ni. Jangan cuba cakap aku cemburu tengok kejayaan pasukan JDT tahun ni lah.
Apa yang JDT dah menang setakat ni? Nothing ok. Belum lagi. Aku dah merasa tiga final Piala Malaysia berturut-turutlah. Dua kali jadi juara, takkan aku nak cemburu dengan pasukan yang belum pernah menang apa-apa dalam kejohanan bolasepak Malaysia? Anda harus ingat, JDT adalah satu pasukan yang baru, bukan hanya setakat menggantikan Johor FC, tapi sebuah pasukan yang baru.
Sebenarnya aku rasa terpanggil untuk tulis entry yang panjang ni untuk meluahkan rasa dan pandangan aku selaku peminat sukan bolasepak tanah air, bukan untuk menghentam mana-mana pihak. Cuma aku ada terasa annoyed la dengan segelintir penyokong setia sejak 2013 tu up status yang macamlah JDT ni bagus sangat. Jadi entry ni adalah untuk penyokong setia sejak 2013.
Akhir kata dari aku, aku minta maaf kepada kawan-kawan aku orang Johor yang terasa dengan entry aku kali ni. Aku rasa terpanggil untuk buat entry ni sebab aku tak nak hipokrit. Aku akan kembali ke bumi Johor untuk mencari rezeki satu masa nanti, tapi aku tetap ada hak untuk menyampaikan pendapat aku dalam bentuk penulisan blog yang tak seberapa ni.
p/s: Aku bukan lalang, biar ke liga perdana aku akan tetap dengan mafla Negeri Sembilan ke bumi Johor.
terbaik bro. betul yang true fans tu bape kerat je. yang konon penyokong setia tu ramai. tapi tak sume busuk bro. dalam kalangan yang baru nak menyokong tu, ada 2-3 kerat lagi yang tak berapa nak matang pemikirannya. diorang ni la yang bikin haru kat tempat orang. konon amek acuan eropah utk menyokong, mentality tak pulak sama dengan orang eropah. pasal bola sebijik main lontar jamrah lak dalam stadium.
ReplyDeletematang sikit. jadi penyokong bertamadun. menyokong tak perlu fanatic sampai bergaduh bertumbuk sebab in the end kita ni Malaysians juga. Malaysian sama Malaysians gaduh, orang luar tepuk tangan.
ghombau most wanted yawll
ReplyDelete