Wednesday, 19 December 2012

Dilema Safiq Rahim.

 
 Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Rasanya demam AFF Suzuki Cup 2012 bagi rakyat Malaysia dah mula reda sejak seminggu lebih yang lepas. Banyak komen dan kritikan tak kurang jugak pujian yang skuad kebangsaan kita dapat. Ini bagi aku selaku rakyat marhaen berpendapat adalah satu perkembangan yang positif. Ini menunjukkan bola sepak tempatan semakin mempunyai ramai peminat.
Dari segenap lapisan masyarakat, tak kurang juga football expert seperti Shebbie Singh yang dengan lantang menyuarakan pendapat yang Kinggopal sudah patut berundur. Ada satu point pada pendapat dia yang aku rasa amatlah bernas.
Selepas skuad kebangsaan kita menjulang Piala Suzuki AFF pada 2010 sepatutnya kita tidak menoleh kebelakang lagi. Tidak perlu untuk bereksperimen dalam memilih pemain. Kinggopal sepatutnya harus meletakkan sasaran yang lebih tinggi bukan sekadar diperingkat Asia Tenggara jer. 
Piala Asia dan Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2014, sepatutnya itu yang menjadi ukuran Kinggopal. Kalau nak main selamat sekadar target Piala di Asia Tenggara jer sampai bila rakyat Malaysia nak menyanyikan lagu Negaraku dalam stadium sempena Pusingan Akhir Piala Dunia?

Ok, cukuplah komen pasal Kinggopal ni. Nanti ada plak yang ambil jalan mudah suruh aku jadi coach plak, yelah aku ni hanya pandai menulis dalam blog jer. Hehe. Entry kali ni aku nk sentuh pasal kapten skuad kebangsaan kita iaitu tak lain dan tak bukan Safiq Rahim. (Ini aku petik dari fan page Football Curse BM di Facebook, aku akan tambah sedikit dengan ulasan aku)

Safiq Rahim, anak emas Kinggopal?
Enam sebab utama Safiq Rahim harus digugurkan dari skuad kebangsaan.

1. Pertama, Game lawan Thailand membuktikan Safiq bukan kapten yang bagus. Tak mampu nak naikkan moral pemain. Pemain dalam padang perlukan seseorang yang berjiwa besar. Mampu mengubah mental member2 dia.

2. Orang kata Safiq Rahim pakar freekick. Okay. Tak payah ambik banyak la. Kita ambik AFF cukup. Berapa kali Safiq Rahim angkat freekick dan berapa kali je yang berhasil? (Takkan nak harap gol freekick je bro).


3. Siapa yang dari friendly haritu layan game Malaysia, akan tahu tengah Malaysia paling hancur. Yang ketara sekali masa lawan Thailand. Mana player tengah? Harapkan Syakir je sebelum ni. Kalau tak haram Safiq Rahim nak hidup.


4. Position Safiq ialah AMC. "ATTACKING MIDFIELDER CENTRE". Selalunya position ni akan dihuni oleh player2 yang creative. Tapi dibuktikan di AFF Safiq langsung tak creative.

5. Prinsip pemain tengah bola sepak ialah passing. Kalau gempak passing. Gempak lah jugak seseorang midfield tu. Tapi, tak terkira dalam AFF ni berapa banyak kali Safiq Rahim salah passing. (Termasuklah salah passing yang menyebabkan Laos dapat gol 1).

6. Dan yang terakhir dan antara yang paling penting. Safiq langsung tak menghargai penyokong. Untuk part ni. Penyokong-penyokong tegar akan faham kenapa.

Sebab ni cuma pandangan peribadi. Hasil dari perbincangan dengan member2. Cuma ingin berkongsi dan direnungi bersama. Ikhlas dari FOOTBALL CURSE. Love and Peace.

Apa yang admin Football Curse BM ni cuba sampaikan? Agak2 korang sume boleh terima apa yang ditulis oleh admin tu? Ke anda rasa ada sentimen kenegerian yang mempengaruhi admin semasa dia menulis pendapat atau pandangan peribadinya?
 

1. Untuk menjadi seorang kapten yang baik, seseorang tu harus ada leadership yang tak boleh disangkal lagi. Aku ambik contoh team Itali, kapten bagi team Itali ialah Gianluigi Buffon. Sebab apa aku ambik dia ni sebagai contoh? Sebab Buffon ni adalah seorang yang berpengaruh dan boleh menaikkan semangat serta moral rakan sepasukan. Lagi2 posisi Buffon ni goalkeeper. Dah boleh paham?

Contoh kapten yang berjiwa besar.


2. Free kick. Dead ball specialist? Pasukan lawan dah tentu2 tahu ini satu-satunya kekuatan yang Safiq Rahim ada. Takkan dengan senang lenang defender lawan nak commit foul dalam 25-30 meter dari arah gol. Kita sendiri dah nampak, berapa kali jer yang kita dapat direct freekick masa AFF yang lepas?

3. Aku dah pernah tulis dalam entry yang sebelum ni, midfield adalah jantung kepada sesuatu pasukan bolasepak. Midfield yang menggerakkan serangan, mengawal bola dan tempo permainan. Aku terpaksa ambil Barcelona sebagai contoh. Kita sendiri boleh nampak kawalan bola dan simple short passing yang midfield Barcelona amalkan. Tiki Taka diberi nama.

Sekadar gambar hiasan untuk meberikan maksud yang lebih jelas berkenaan Tiki Taka


4. AMC ( Attacking midfielder centre). Atau nama ilmiahnye Trequartista (playmaker). Petikan dari Wikipedia,
A playmaker (trequartista) is a player who controls the flow of the team's offensive play, and is often involved in passing moves which lead to goals.
Sejujurnya, korang rasakan yang Safiq Rahim ni menepati ciri-ciri yang diberi oleh Wikipedia ni? Nak contoh trequartista? Juan Manuel Mata, Santi Cazorla, Mario Gotze ( sekadar menamakan beberapa nama jer). Memang la, standard permainan negara kita tidak sentanding dengan negara Eropah, tapi setiap pemain yang diberi posisi tu haruslah menepati ciri-ciri dan kriteria yang diperlukan. Bukan sekadar cukup korum jer. Aku pun pelik apa yang buat FAM bagi anugerah pemain tengah terbaik Malaysia kat Safiq Rahim ni? Aku rasa ada lagi calon yang lebih layak, siap kapten kepada pasukan yang jadi juara trebel lagi. Siapakah dia? Anda sendiri tahu siapa.

Kedudukan trequartista dalam sesuatu pasukan


5.  Great passing ability- kriteria paling penting dalam menjadi seorang midfield. Safiq Rahim tekenal dengan long ball, long ball, long ball sampai Winfred Schaffer dalam sidang media post match semi final second leg hari tu pun ada komen pasal ni. Walaupun agak pedas tapi itulah hakikatnya. Untuk mengeruhkan lagi keadaan, satu gol yang Laos dapat masa bertemu Malaysia haritu pun Safiq Rahim yang assist. Nampak? Hebat bukan?

6. Untuk yang terakhir ni aku rasa aku sendiri tak berapa nak paham. Mungkin Safiq Rahim tak berikan penghargaan kepada penyokong selepas setiap perlawanan selesai agaknya. Maklumlah aku ni bukan penyokong tegar pun. Hanya pandai kritik jer. Hehe.

Sedikit tambahan, masa negara kita sedang hangat pasal AFF Suzuki Cup tu hari, sering kali aku dengar kat radio atau baca kat surat khabar komen dan aritkel yang macam ni 


Safiq Rahim menggesa agar rakan sepasukan fokus dalam perlawanan akan datang
Safiq Rahim mahukan rakan sepasukan berikan yang terbaik dalam perlawanan yang akan datang

 Cliche? Anda tentukan. Sehingga bertemu lagi di entry yang akan datang. Wassalam.

p/s : Ada komen? Lontarkan diruangan komen. 



No comments:

Post a Comment